Sunday, 17 April 2016

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN TELAH DIADAKAN DI PERPUSTAKAAN AWAM KUALA TERENGGANU PADA HARI RABU 13 APRIL 2016. SEBANYAK 4 BUAH SEKOLAH TELAH MENYERTAI KURSUS BERKENAAN. SETIAP SEKOLAH DISERTAI OLEH 10 ORANG PELAJAR BERSAMA-SAMA DENGAN 2 ORANG GURU PENGIRING. SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERLIBAT IALAH SMKA DURIAN GULING, SMK BUKIT TUNGGAL, SMK JERAM DAN SMK MANIR.


Saturday, 16 April 2016

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016

Majlis Pelancaran Program Nilam dan KM1M serta Perasmian Penjenamaan Semula PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. A Ghani b Awang. Naib Pengerusi PIBG SMKA Durian Guling. Oleh itu secara rasminya Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangssan Agama Durian Guling telah dijenamakan semula dengan nama Pusat Sumber Mazahirul Ulum. 

Antara aktiviti yang dipertandingkan sempena KM1M 2016 ( 4 hingga 6 April.)
1) Bacathon (5 minit bersama buku)
2) Resensi Buku
3) Cabutan buku bertuah
4) Menghasilkan Ulat Buku
5) Menghasilkan Penanda buku
6) Melukis dan Mewarna
7) Teka kata
8) Menyusun Puzzle
9) Rekaan daripada Bahan terbuang
10) Menulis jawi daripada rumi
11) Kuiz spontan
12) Drop Book


Majlis Pelancaran KM1M dan Perasmian Penjenamaan Semula PSS

Sebahagian aktiviti yang dijalankan

Tuesday, 5 April 2016

KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan telah dijalankan pada 28 Mac 2016 ( ISNIN ) di Dewan Perpustakaan Daerah Marang, Terengganu.Seramai 30 orang pengawas PSS terlibat dalam kursus ini.

Objektif kursus adalah untuk melahirkan Pengawas PSS yang berpengetahuan dan kemahiran dalam tatacara kerja sebagai pengawas Pusat Sumber Sekolah dan kerja-kerja memproses bahan di pusat sumber sekolah. Selain itu kursus ini juga bertujuan mewujudkan Pengawas PSS yang kreatif, berkarisma berdedikasi dan berdisiplin dalam menjalankan tugas mereka.

Guru pengiring ialah  Pn Roselena Che Mat dan  Pn Nor Aznina Ramli
Fasilitator terdiri daripada pegawai-pegawai dari Perpustakaan Daerah Marang iaitu Puan Haini bt Hamzah, En. Johari bin Muhamad dan En. Muhamad Nor Aladin b. Hussin.

Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang padu daripada semua pihak terutamanya pihak perpustakaan Awam Daerah Marang serta para peserta. Kelebihan juga berdasarkan faktor  fasilitator dari Perpustakaan Daerah Marang yang terdiri daripada penceramah yang sangat arif dan berpengalaman dalam pengurusan Pusat Sumber.

BIL
NAMA PESERTA (PENGAWAS PSS)
TINGKATAN
1
NUR SALAM B ZAINAL ABIDIN
6 (A) SYA
2
MOHAMAD RUSDHAM B ROSDI
6 (A) SYA
3
NUR ALIA BT WAHYID
6(A)BUK
4
WAN NAJWATI FITRIA BT WAN MUSA
6(A)NAS
5
AIDA YASMIN BT ROSWADI
5 KHI
6
NURUL SHAFIKA BT MOHD ASRI
5 KHA
7
MUHAMMAD ADIB B ALIAS
4 BUK
8
MUHAMMAD SHAHRUL AFIQ B MOHD SABRI
4 BUK
9
NURUL ADILAH BT MOHD ZUKI
4 TIR
10
NUR MUSLIYA ADRINA BT BADROL IKHSAN
4 NAS
11
NUR MUJAHIDA BT MOHD ZAINI
4 TIR
12
NURUL HANISAH BT KAMARUDIN
4 SYA
13
NUR AYESHA RAYYANA BT ROZILAN
4 GHA
14
NUR AISHAH EMILIY BT RAZAB
3 NAS
15
NUR SYAMIMI BT SADLI
3 TIR
16
FASEHA MAISARA BT AHMAD DENI
3 SYA
17
NAJWA BT DAUD
2 NAS
18
NURIN ATHIRAH BT MOHD RAZMI
2 NAS
19
NUR SYAHIDAH ATHIRAH BT ABDULMUIN
2 TIR
20
NUR ADRIANA AMISYA BT MOHD ZAMBRI
2 SYA
21
ATTHIRAH FARZANA BT MOHD ZULKIFLI
2 SYA
22
JESLINA BT MOHD SABRI LEE
2 SYA
23
NUR AINA SOLEHAH BT HASAN
4 NAS
24
SITI NUR AINA NAJWA BT AMRAN
4 TIR
25
SYARIFAH FATEEMAH SHUHADA BT SYED KAMALRUL NAZRI
4 SYA
26
RAIDAH FADILAH BT MOHAMAD
4 GHA
27
NUR AIN SAFFIAH BT DAUD
2 KHA
28
NUR AINSYAH BT MAT YUSOFF
2 KHA
29
NOR AISYAH FASIHAH BT MAT NAIM
4 SYA
30
NOR ASIAH BT RAZALI
2 NAS